Thursday, September 1, 2011

ligat

bila lagi mau kita mula hebat,
orang lain taring sudah ada sengat,
gigi susu kita simpan rapat-rapat,
tak terjaga habis reput tiada dapat,
kita perlu mula ligat,
kawan mari ligat,
ligat kerna kita juga punya hajat.

jangan fikir hebat hanya untuk kamu,
yang belakang banyak dah ikut membantu,
pulang semua kamu dapat satu persatu,
kalau belum mampu cuma kata nanti dulu,
tapi kita perlu ligat,
kawan mari ligat,
ligat kerna kita juga punya hajat.

ligat dengan cermat biar semua selamat dengan perilaku baik amat-amat.

dengan kau rasa perlu lebih laju,
kau guna pesawat sedang aku masih memandu,
gerak hanya dengan dendangan bayu,
sedang aku lalu jalan liku-liku,

dengan kau rasa perlu lebih bijak,
kerna lain-lain muka bumi kita pijak,
walau tiada beralas masih dipijak,
memang tidak dengan kata mahu dipajak.

dengan kau rasa perlu lebih kuat,
pasti macam-macam nanti akan dibuat,
hasil mungkin esok akan ku dapat,
genggam segala yang diberi erat-erat.
tapi kita perlu ligat,
kawan mari ligat,
ligat kerna kita juga punya hajat.

ligat dengan cermat biar semua selamat dengan perilaku baik amat-amat.