Tuesday, August 2, 2016

Dagang berdagang




Terlarut aku dalam keramaian
saat aku menyangka dirimu masih menyayangiku
sampai bilakah terusku bermimpi
berkepang aku menjalani semua kisah hidupku ini

tak pernah terjadi semua kenangan yang sering kuimpi
yang terpendam indah dan tersemat dihati
janganlah berakhir semua rasa yang pernah tercipta
didalam benakku dan didalam kasihmu

dengar-dengarkan aku akan bertahan selamanya
maafkan aku yang tak sempurna mencarimu
jangan kau usaikan cerita yang belum sempurna
kerana kisah ini menjadi bekal untuk aku kenangkan

hidupku berdagang kembali berdagang
diberi menumpang aku menumpang
dengan setetes ilmu disandang
berani aku lupakan pengasih penyayang



Friday, October 16, 2015

As'hab us-Suffah



bawa aku pergi bersama
dengan kelaparan kita berjalan
ada tujuan tapi bukan kemewahan
ada nikmat tapi bukan kekenyangan
ada bahagia tapi bukan harta
ya, ada derita tapi hanya sementara

bawa aku pergi bersama
dengan dahaga kita berlari
ada teman tapi ditinggalkan
ada emas tapi digadaikan
ada masa tapi dialihkan
ya, ada sengsara tapi hanya sementara

bawa aku pergi bersama
pergi dari nuansa petaka
ada indah tapi celaka
ada cantik tapi bahana
ada puji tapi sengketa
ya, ada manis tapi tetap sementara

berikan aku susu yang kamu ada
walau hanya segelas cuma
minum hanya seteguk dua
lagi dan lagi kata pendeta
tetap tiada kurangnya juga 
akhirnya cukup untuk semua

bawa aku pergi bersama
wahai manusia pembuang dunia 

Thursday, September 10, 2015

Tak - Hta



tinggi ilmu bukan jalan naik takhta
berantakan nanti kamu jawab sama dia

bila diam sekujur badan semakin liarlah akal fikiran  
seperti itu bintang mahu dikait dengan hanya pakai tangan 
maka fahamlah aku manusia itu fitrahnya kebebasan
bebas akal seperti hawking walau dia tak mampu berjalan
tapi dia bukan cetakan yang aku impikan
kerana akalnya juga sudah lumpuh dengan mengerti dimana tuhan

kewujudan sebelum ada semakin diyakinkan
seperti kamu dikendong ibu sembilan bulan
hingga sekarang menunggu masa ditutup papan 
kerana sebab dan akibat tidak terpisahkan
bukan kerana hujan maka tumbuh pucuk-pucukan
itu semua berjalan dengan atur-aturan

medan ini semakin berwarna bermacam cahaya
namun kondisi ini yang memberi nilai tiap perkara
bukan sedap campuran rempah membuka selera
tapi perut kosongku membuka berahi walau lauk satu mata
carilah rasional pada akal kecilmu jika masih ada
sedang ismail mahu dikelar saja-saja namun bukan sia-sia

tinggi ilmu bukan jalan naik takhta
berantakan nanti kamu jawab sama dia





Wednesday, August 26, 2015

Manisku malam ini




berjumpa manisku malam ini
lama sudah dia menyepi pergi
kubentang nostalgia hamparan merah
dengan cindai putih dicolet attar
sedih dalam gembira kerana rinduku mampu merekah
masih ada rupanya walau kurasa kian pudar

berjumpa manisku malam ini
lama sudah dia menyepi pergi
kisah yang itu ketatap berselang seli
kadang ada terkadang tidak sekali
sebutnya lancar tiada dihati
kerana pesonamu belum betul kutemui

manisku jangan kau pergi lagi
biar malam ini menjadi bukti menjadi saksi
yang aku semakin mahu kau dekati
kerana jika aku berjalan kamu datang belari

berjumpa manisku malam ini
lama sudah dia menyepi pergi





Monday, July 20, 2015

Selamat Pulang Sarjana



Selamat pulang sayang
pulang kali ini dengan betul-betul pulang
berikan mama papa senyuman bukan kepalang
kerana kamu kini bukang sembarang-sembarang
jalan dihadapan kini luas terbentang
atur saja baik-baik dengan terancang

Selamat pulang sayang
ayat ini suka diulang-ulang
kerana hatiku tumpang merasa girang
apa dirancang nampak semakin menjelang
namamu kini semakin panjang sayang
ada tambahan didepan yang bukan calang-calang

Selamat pulang sayang
ayat ini suka diulang-ulang
tapi kenapa seperti ada bimbang
mungkin masa kurasa semakin terkekang
tapi jangan bimbang sayang
denganmu kurasa akan lebih matang

Selamat pulang sayang
ayat ini suka diulang-ulang
jarum di tangan sudah tidak berselang
tiada lagi malam sedang kamu merasa siang
tiada lagi bulan yang biasa kulihat seorang
tiada nombor pagkal empat puluh empat perlu ku pandang

Selamat pulang sayang
ayat ini suka diulang-ulang
rasa tak elok menjadi perampas harapan yang disandang
taburkan jasa kepada mereka dahulu seorang demi seorang
baru boleh kamu fikir tentang orang yang akan datang
biarkan jarak sekali lagi menjadi penghalang

Selamat pulang sayang
selamat pulang sayang
ayat ini suka diulang-ulang

Friday, July 3, 2015

iftar



Lama tidak saing ini bersua
Kira lebih dari 28 purnama
Hari ke sebelas ini punya cerita
Cerita dia, kita, keluarga, semua yang masing-masing punya

Aku kenal kamu dari tiada bercermin mata
Aku kenal kamu dari tiada cerita intan permata
Aku kenal kamu dari tiada pena didada kemeja
Ya, kini kamu punya semua tapi kulihat masih sama
Sama seperti kamu yang dulu mengocak sungai mencari ikan
Sama seperti kamu yang dulu memakai jeans koyak koyak dijalanan
Sama seperti kamu yang dulu beroda dua memakai MS lapan-lapan

Masa berlalu laju, membangun kami satu persatu
Dari dulu sekolah berbaju putih berseluar biru
Pisah sebentar mencari apa ingin apa perlu
Hingga kamu kamu punya daya punya ilmu
Ya, kini kamu punya itu tapi kulihat masih begitu
Begitu pulang sekolah menyanyi didalam jamban
Begitu pulang sekolah menonjol bola bola diatas papan
Begitu pulang sekolah berkongsi sebatang asap asapan

Masa satu jam setengan didunia semakin kita lengkapkan
Dengan nama, dengan kerjaya, dengan apa apa yang lain sekalian
Takut aku untuk teruskan perjalanan dengan ada antara kita yag telah berubah haluan
Dengan pintasan-pintasan yang lebih menyenangkan
Dengan berhenti berfikir hanya menurut haluan
Doaku untuk kita terus berpesan pesanan
Jika jatuh ada yang lain memberi bantuan
Jika tidak kamu, ya aku akan cuba lakukan




Wednesday, September 12, 2012

beri beri

beri beri dari kamu kali ini
sangat cantik berdendang merdu dalam hati
merdu ini jangan sampai rosak nanti
tak mahu jadi macam bukan kami cari

beri beri dari kamu kali ini
ada isi, ada harapan, ada berat untuk dijalani
ada gusar, ada tak pasti untuk dilalui
dengan visi, misi ini diterajui

beri beri dari kamu kali ini
tak macam kami kecil-kecil punya dapat
tanpa rasa, tidak berat, tiada beban kami punyai
yang ini rasa macam dua tiga puluh kali lipat

 beri beri dari kamu kali ini
ada tanda kami macam sudah sedia
terima kami macam dah dewasa
ada itu ada ini, kami cari sendiri

 beri beri dari kamu kali ini
kami harap bukan mula untuk meninggi
kami tahu bumi ini tempat kami berdiri
langit itu juga kami junjung sampai mati

 beri beri dari kamu kali ini
bukan sempadan untuk kami mendekati
malah dengannya rasa lebih mengetahui
lebih rapat, lebih erat dari tiada isi

 beri beri dari kamu kali ini
cadangnya diguna untuk masa lama lagi
guna untuk itu ini semua sekali
bukan untuk kami saja yang pasti

 beri beri dari kamu kali ini
kami syukur, kami terima dengan rendah diri
kami usaha, kami bekerja lagi lagi
bantu kami, lillah hi rabbi~

Monday, January 23, 2012

semula mula

dengan lembut masuk semula tiada terpaksa,
paksa bukan cara capai perkasa,
perkasa bukan untuk mencari nama,
nama bukan sebab lembut masuk semula,
semula ulang suatu masa,
masa tiada harapan tika bersua.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula mahu aku tanda saja aku yang punya,
punya aku kali ini sangat berbeza,
berbeza pada tinggi semua segala,
segala punya aku rendah-rendah cuma,
cuma kau bilang tinggi dan itu semua dusta,
dusta itu aku rasa makin lama-lama.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula tinggi angan aku letakkan,
letakkan hanya dengan utus-utusan,
utusan yang lama-lama semua akan bosan,
bosan kerana hanya itu mampu aku lakukan,
lakukan saja apa rasa untuk kamu,
kamu bukan lagi walau dengan peratus satu.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula nampak tiada sempurna,
sempurna rupa serta segala,
segala itu yang lain punya,
punya jiwa,akal,masa dan segala kufu yang lainnya,
lainnya itu aku tahu pernah dicuba,
cuba sampai mana itu menjadi tanda tanya.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

Thursday, September 1, 2011

ligat

bila lagi mau kita mula hebat,
orang lain taring sudah ada sengat,
gigi susu kita simpan rapat-rapat,
tak terjaga habis reput tiada dapat,
kita perlu mula ligat,
kawan mari ligat,
ligat kerna kita juga punya hajat.

jangan fikir hebat hanya untuk kamu,
yang belakang banyak dah ikut membantu,
pulang semua kamu dapat satu persatu,
kalau belum mampu cuma kata nanti dulu,
tapi kita perlu ligat,
kawan mari ligat,
ligat kerna kita juga punya hajat.

ligat dengan cermat biar semua selamat dengan perilaku baik amat-amat.

dengan kau rasa perlu lebih laju,
kau guna pesawat sedang aku masih memandu,
gerak hanya dengan dendangan bayu,
sedang aku lalu jalan liku-liku,

dengan kau rasa perlu lebih bijak,
kerna lain-lain muka bumi kita pijak,
walau tiada beralas masih dipijak,
memang tidak dengan kata mahu dipajak.

dengan kau rasa perlu lebih kuat,
pasti macam-macam nanti akan dibuat,
hasil mungkin esok akan ku dapat,
genggam segala yang diberi erat-erat.
tapi kita perlu ligat,
kawan mari ligat,
ligat kerna kita juga punya hajat.

ligat dengan cermat biar semua selamat dengan perilaku baik amat-amat.




Monday, April 25, 2011

finished

habis bila bermula,
biar sempurna adanya,
biar kekal menjadi daging,
menjadi darah yang mengalir,
biar melingkar akar di sanding,
menjadi hijau angin mendesir.

bermula sampai habis,
biar sempurna adanya,
jangan hangat tahi saja gemuruh,
datang musang kamu lari,
mahu buat biar seluruh,
biar gementar jari jemari.

hingga habis bermula,
biar sempurna adanya,
mencari makan waktu pagi,
dengan hanya senapang patah,
pulang nanti bawa guni,
sama-sama kita ratah.

bermula pasti habis,
belum tentu lagi sempurna,
masih sempat kita guna,
jangan pandang sini sana,
terus kejar menjadi wira,
inspira saga waja satria.

(bukan menjual kereta...)

Thursday, October 7, 2010

lari lari

lari lari lari,
takut perlu berlari?
lari jauh-jauh buat kita berani?
mulakan lah ia jika kau berani,
jika tidak masa lama akan diberi.

lari lari lari,
lari kerana geli?
lari jauh-jauh buat tak geli?
jika geli berikan erti,
biar beredar dari dalam ini.

lari lari lari,
lari kerana cuci?
perlu ke dicuci jika ada?
tak perlu cuci kita diskusi,
rancang apa yang akan jadi.

lari lari lari,
lari kerana mereka?
mereka ada kuasa?
ya mungkin perlukan mereka,
sayang juga pada rekaan mereka.

lari lari lari,
biar aku mulakan lari.......damn!

Tuesday, August 24, 2010

clear

berani denganmu
bukan tepat tapi rasa dekat
kerana ia membuat suatu rasa
rasa yang perlu diolah jadi indah

buka ruang jika tepat
elok saja boleh dibuat
harap jangan kemana-mana
seperti hantu menunggu jagung

purnama bukan selama-lama
ada masa jadi sabit
ada masa dilindung awan
tapi sinarnya malam sekian lama

ombak bukan terus bergulung
tergantung angin yang mendorong
kadang surut kehujung tanjung
tapi airnya kekal beralun

mulakan dahulu baru kusambung
kerana yang mula itu bukan aku
tunjukkan semua satu persatu
baru mudah aku tahu

Monday, May 31, 2010

come again~~~

aku sudah buang ia,
harap datang lagi,

masa ini harap belum lagi,
lain hari itu pasti,
ya aku menolak masa yang ini,
jangan tanya kenapa kerana jawapan itu rahsia,
aku boleh katakan tapi untuk apa?,
jika yang dengar hanya bisa senyum sementara,
aku simpan saja sampai lama-lama,

banyak belok untuk aku terus kesana,
terpaksa halakan bukan hanya pada satu tujuan,
tandang bersawah semalu hijau batang merah,
pijak tak beralas masuk duri halus tak nampak,
benar kata buat baik berpada,
kata si bodoh baik itu tanda cinta,
baik cinta pada yang baik-baik saja,

aku sudah buang ia,
harap datang lagi,

datang yang mendatang bukan hanya pada nama,
harap bisa bangun jatuh sama-sama,
aku lemah kau suntik waktu pagi,
kuning petang bagiku bukan inspirasi,
malam kau datang hampir dengan tenang,
kita sama tunggu pagi masuk embun dalam botol,
bawa bekal dalam panas kita minum ketul-ketul,

pergi jauh aku harap ia betul,
si bisu diam mana aku mahu cari,
kaki tangan pasung bagaimana mahu pukul gendang,
hati ada pasti akan cari punca bunyi,
tolong jangan tolong aku mahu cari sendiri,
kerana berdiri aku mampu tanpa tongkat,
tunggu aku sampai dulu baru kamu pergi cari,

aku sudah buang ia,
harap datang lagi,
ada lagi,
lagi.....

Friday, February 12, 2010

datang lagi

dah berapa kali rasa ini datang
sekejap sahaja

bukan cinta, bukan suka, bukan apa-apa
tapi ia ada
aku tahu itu

datang berpusing-pusing dalam hati

bukan sakit, bukan sedih, bukan apa-apa
tapi ia ada
aku tahu itu

mungkin mereka juga rasa yang sama
atau aku yang terlalu taksub dengan duniaku sendiri
mencari tanpa mengerti sesuatau
penat tiada berhasil dan malang

mahu aku katakan tiada tahu bagaimana
pedulikah mereka
hapuskan sendiri rasa yang aku cipta
itulah terapi paling mujarab
dengan bantuan yang BESAR

dah berapa kali rasa ini datang
sekejap sahaja

tapi ia ada
aku tahu itu

Thursday, December 24, 2009

terima kasih

kerana kau kekasih
bermunajat di sepertiga malam
memohon wangi bunga
di kaki syurga
bagi menyerikan perasaan
bagi mendewasakan kecintaan

terima kasih kerana merantaiku dengan cinta
kerana mengajarku erti bahagia
kerana mengajarku erti bahagia
menjadi manusia
menjadi manusia

Sunday, December 13, 2009

pilih satu silih

aku mau hidup tanpa pilihan
seperti air dicipta untuk mengalir
seperti angin dicipta untuk bertiup

aku mau hidup tanpa pilihan
seperti hawa dicipta untuk adam
seperti mati penamat hidup

kerana silih ini sangat sukar
sampai semua ingin aku punya
tapi kudrat menafikan kehandalan

berani aku katakan aku mau yang itu
tapi jika tersasar kemana mau pergi
benih, baja sudah sedia tapi tanah orang punya

aku mau hidup tanpa pilihan
biar terang jalan di hadapan
tinggal berlari kehujung ambil masa

aku mau hidup tanpa pilihan
jika murka fikiran yang keluar ini
aku mohon ampun kepada AKBAR
segala yang baik datangnya dariMU jua

Thursday, November 19, 2009

nama

disaat bermula kehidupan
mataku tercelik memandang sesuatu

sesuatu yang manusia tak pernah jangkakan
yang tak dihiraukan
yang tidak bernyawa
punyai nilai tetapi tidak berharga

apakah manusia mempunyai nilai
apakah manusia mempunyai harga
apakah nilai
apakah harga

manusia hanya tahu mencaci, menghina
tetapi ada juga yang menghargai
itupun setelah di duniakan
oleh para kuasa yang kau agungkan
hanya kerana nama
kerana nama
nama

Tuesday, November 3, 2009

layu

"Sesungguhnya.. tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati

Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya...Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"

Monday, November 2, 2009

masa muda dan keindahan

Keindahan menjadi milik usia muda, tapi keremajaan yang untuknya dunia ini diciptakan tidak lebih dari sekadar mimpi yang manisnya diperhamba oleh kebutaan yang menghilangkan kesedaran.
Akankah hari itu datang, ketika orang-orang bijak menyatukan kemanisan masa muda dan kenikmatan pengetahuan?
Sebab masing-masing hanyalah kosong bila hanya sendirian.
Akankah hari itu datang ketika alam menjadi guru yang mengajar manusia, dan kemanusiaan menjadi buku bacaan
sedangkan kehidupan adalah sekolah sehari-hari?
Hasrat masa muda akan kesenangan-kenikmatan tidak terlalu menuntut tanggung jawab -hanya akan terpenuhi bila fajar telah menyelak kegelapan hari.

Banyak lelaki yang tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan beku;
banyak perempuan yang menyesali dan mengutuk tahun-tahun tak berguna mereka seperti raungan singa betina yang kehilangan anak;
dan banyak para pemuda dan pemudi yang menggunakan hati mereka sekadar sebagai alat penggali kenangan pahit masa depan,
melukai diri melalui kebodohan dengan anak panah yang tajam dan beracun kerana kehilangan kebahagiaan.

Usia tua adalah permukaan kulit bumi;
ia harus, melalui cahaya dan kebenaran,
memberikan kehangatan bagi benih-benih masa muda yang
ada dibawahnya, melindungi dan memenuhi keperluan mereka
hingga Nisan datang dan menyempurnakan kehidupan masa muda yang sedang tumbuh dengan kebangkitan baru
Kita berjalan terlalu lambat ke arah kebangkitan spiritual,
dan perjalanan itu seluas angkasa tanpa batas,
sebagai pemahaman keindahan kewujudan melalui
rasa kasih dan cinta kepada keindahan tersebut

penyair

Dia adalah rantai penghubung
Antara dunia ini dan dunia akan datang
Kolam air manis buat jiwa-jiwa yang kehausan,
Dia adalah sebatang pohon tertanam
Di lembah sungai keindahan
Memikul bebuah ranum
Bagi hati lapar yang mencari.

Dia adalah seekor burung ‘nightingale’
Menyejukkan jiwa yang dalam kedukaan
Menaikkan semangat dengan alunan melodi indahnya

Dia adalah sepotong awan putih di langit cerah
Naik dan mengembang memenuhi angkasa.
Kemudian mencurahkan kurnianya di atas padang kehidupan. Membuka kelopak mereka bagi menerima cahaya.

Dia adalah malaikat diutus Yang Maha Kuasa mengajarkan Kalam Ilahi.
Seberkas cahaya gemilang tak kunjung padam.
Tak terliput gelap malam
Tak tergoyah oleh angin kencang
Ishtar, dewi cinta, meminyakinya dengan kasih sayang
Dan, nyanyian Apollo menjadi cahayanya.

Dia adalah manusia yang selalu bersendirian,
hidup serba sederhana dan berhati suci
Dia duduk di pangkuan alam mencari inspirasi ilham
Dan berjaga di keheningan malam,
Menantikan turunnya ruh

Dia adalah si tukang jahit yang menjahit benih hatinya di ladang kasih sayang
dan kemanusiaan menyuburkannya

Inilah penyair yang dipinggirkan oleh manusia
pada zamannya,
Dan hanya dikenali sesudah jasad ditinggalkan
Dunia pun mengucapkan selamat tinggal dan kembali ia pada Ilahi

Inilah penyair yang tak meminta apa-apa
dari manusia kecuali seulas senyuman
Inilah penyair yang penuh semangat dan memenuhi
cakerawala dengan kata-kata indah
Namun manusia tetap menafikan kewujudan keindahannya

Sampai bila manusia terus terlena?
Sampai bila manusia menyanjung penguasa yang
meraih kehebatan dgn mengambil kesempatan??
Sampai bila manusia mengabaikan mereka yang boleh memperlihatkan keindahan pada jiwa-jiwa mereka
Simbol cinta dan kedamaian?

Sampai bila manusia hanya akan menyanjung jasa org yang sudah tiada?
dan melupakan si hidup yg dikelilingi penderitaan
yang menghambakan hidup mereka seperti lilin menyala
bagi menunjukkan jalan yang benar bagi orang yang lupa

Dan oh para penyair,
Kalian adalah kehidupan dalam kehidupan ini:
Telah engkau tundukkan abad demi abad termasuk tirainya.

Penyair..
Suatu hari kau akan merajai hati-hati manusia
Dan, kerana itu kerajaanmu adalah abadi.

Penyair..periksalah mahkota berdurimu..kau akan menemui kelembutan di sebalik jambangan bunga-bunga Laurel…

promise!

berdoa kepadaNYA agar sume sejahtera... jika tiada hujan dunia tidak sesegar mana..tetap harus dihargai walaupun datangnya seperti musibah...permulaan selepas kejatuhan tiada terkata sakitnya dari mule2 belajar terbang...isi dunia sudah ditanya dahulu siapa mau jadi khalifah dan jawapan 'ya' telah kau berikan seusia zarahmu...bukan satu beban tapi cabaran...jika perkara itu yakin kau setuju kenapa sebegini kecil hujan kau risaukan??? masa masih panjang untuk kite singkirkan kandungan air hitam pekat itu sebelum ia bocor...tapi kelihatan lebih gagah dan beruntung jika kita menerimanya kerana perisai sudah didirikan....sesuatu yang kotor itu mungkin berkhasiat dan bodoh jika tidak memanfaatkannya...

Tuesday, October 13, 2009

aku xde mase nak tulis r....
tp sayang sangat xdapat.....
t r....
ade kelengkapan...
ade ilmu banyak t aku tulis r macam2....

Monday, July 6, 2009

hahahaha.........
aku dah nak stat menulis.....
harap korang epy bace bebelan aku nie....
tp pepepun .......asalamualaikum.....