Thursday, September 10, 2015

Tak - Hta



tinggi ilmu bukan jalan naik takhta
berantakan nanti kamu jawab sama dia

bila diam sekujur badan semakin liarlah akal fikiran  
seperti itu bintang mahu dikait dengan hanya pakai tangan 
maka fahamlah aku manusia itu fitrahnya kebebasan
bebas akal seperti hawking walau dia tak mampu berjalan
tapi dia bukan cetakan yang aku impikan
kerana akalnya juga sudah lumpuh dengan mengerti dimana tuhan

kewujudan sebelum ada semakin diyakinkan
seperti kamu dikendong ibu sembilan bulan
hingga sekarang menunggu masa ditutup papan 
kerana sebab dan akibat tidak terpisahkan
bukan kerana hujan maka tumbuh pucuk-pucukan
itu semua berjalan dengan atur-aturan

medan ini semakin berwarna bermacam cahaya
namun kondisi ini yang memberi nilai tiap perkara
bukan sedap campuran rempah membuka selera
tapi perut kosongku membuka berahi walau lauk satu mata
carilah rasional pada akal kecilmu jika masih ada
sedang ismail mahu dikelar saja-saja namun bukan sia-sia

tinggi ilmu bukan jalan naik takhta
berantakan nanti kamu jawab sama dia