Monday, January 23, 2012

semula mula

dengan lembut masuk semula tiada terpaksa,
paksa bukan cara capai perkasa,
perkasa bukan untuk mencari nama,
nama bukan sebab lembut masuk semula,
semula ulang suatu masa,
masa tiada harapan tika bersua.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula mahu aku tanda saja aku yang punya,
punya aku kali ini sangat berbeza,
berbeza pada tinggi semua segala,
segala punya aku rendah-rendah cuma,
cuma kau bilang tinggi dan itu semua dusta,
dusta itu aku rasa makin lama-lama.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula tinggi angan aku letakkan,
letakkan hanya dengan utus-utusan,
utusan yang lama-lama semua akan bosan,
bosan kerana hanya itu mampu aku lakukan,
lakukan saja apa rasa untuk kamu,
kamu bukan lagi walau dengan peratus satu.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula nampak tiada sempurna,
sempurna rupa serta segala,
segala itu yang lain punya,
punya jiwa,akal,masa dan segala kufu yang lainnya,
lainnya itu aku tahu pernah dicuba,
cuba sampai mana itu menjadi tanda tanya.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...