Thursday, December 24, 2009

terima kasih

kerana kau kekasih
bermunajat di sepertiga malam
memohon wangi bunga
di kaki syurga
bagi menyerikan perasaan
bagi mendewasakan kecintaan

terima kasih kerana merantaiku dengan cinta
kerana mengajarku erti bahagia
kerana mengajarku erti bahagia
menjadi manusia
menjadi manusia

Sunday, December 13, 2009

pilih satu silih

aku mau hidup tanpa pilihan
seperti air dicipta untuk mengalir
seperti angin dicipta untuk bertiup

aku mau hidup tanpa pilihan
seperti hawa dicipta untuk adam
seperti mati penamat hidup

kerana silih ini sangat sukar
sampai semua ingin aku punya
tapi kudrat menafikan kehandalan

berani aku katakan aku mau yang itu
tapi jika tersasar kemana mau pergi
benih, baja sudah sedia tapi tanah orang punya

aku mau hidup tanpa pilihan
biar terang jalan di hadapan
tinggal berlari kehujung ambil masa

aku mau hidup tanpa pilihan
jika murka fikiran yang keluar ini
aku mohon ampun kepada AKBAR
segala yang baik datangnya dariMU jua