Monday, January 23, 2012

semula mula

dengan lembut masuk semula tiada terpaksa,
paksa bukan cara capai perkasa,
perkasa bukan untuk mencari nama,
nama bukan sebab lembut masuk semula,
semula ulang suatu masa,
masa tiada harapan tika bersua.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula mahu aku tanda saja aku yang punya,
punya aku kali ini sangat berbeza,
berbeza pada tinggi semua segala,
segala punya aku rendah-rendah cuma,
cuma kau bilang tinggi dan itu semua dusta,
dusta itu aku rasa makin lama-lama.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula tinggi angan aku letakkan,
letakkan hanya dengan utus-utusan,
utusan yang lama-lama semua akan bosan,
bosan kerana hanya itu mampu aku lakukan,
lakukan saja apa rasa untuk kamu,
kamu bukan lagi walau dengan peratus satu.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

semula nampak tiada sempurna,
sempurna rupa serta segala,
segala itu yang lain punya,
punya jiwa,akal,masa dan segala kufu yang lainnya,
lainnya itu aku tahu pernah dicuba,
cuba sampai mana itu menjadi tanda tanya.

adakah sama dengan dulu-dulu punya cerita?
cerita tiada pasti ini mula semula...

2 comments:

  1. lama dah aku xtulis, pagi ni aku macam orang yang agak berbeza...maaf kalau segala yang aku tuliskan ini, atau yang dahulu hanya sebagai bacaan tiada guna...kerana tiada langsung memberi manfaat... sekadar nukilan apa yang rasa perlu katakan... haha...lagha!!! sia2!!!...tp untuk simpanan aku sahaja sbb ni tpt mudah kot nak compile bende2 ni...kan...:) ini cerita pasal rutin manusia datang berulang2 lagi... 4 example, sepasang kasut lusuh yang ko pakai sekarang pada waktu dibeli dahulu mesti yang paling baik kan kat mata ko... lama2 ianya tidak lagi, dan ko pon mula la nak cari kasut baru lagi...lepas beberapa ketika, rutin itu datang lagi kan? hmmmm~ so ko pon pilihla lagi~~ ade sepasang yang best gile kat mate ko time ni, mahal pulak!!! ape langkah bijak ko buat? hentam sajalah pinjam duit orang atau wait till ur money enough 4 it? dan ade lagi situasi dimana dalam tempoh ko tunggu kumpol duit tu, ade pulak yang lebih cantik dari kasut idaman ko tu... ape ko buat? beli yang 1st ke 2nd? kalo korang masih bebas ok, pilih la yg mane2...ni kes yang pilihan pertama tu limited edition, tinggal 1 jer...aku merepek kan? mmg aku suke merepek... haha...sia2!

    ReplyDelete
  2. wahhhh puitis la abg mamat ni...

    ReplyDelete